TIPS CUCI BAJU TANPA MESIN BASUH

CARA CUCI BAJU TANPA MESIN BASUH
.
Sebenarnya, mencuci pakaian menggunakan tangan akan menghasilkan cucian yang lebih baik berbanding daripada menggunakan mesin basuh.
.
Sesetengah kain pakaian terlalu halus untuk dicuci menggunakan mesin basuh kerana cucian mesin basuh boleh menyebabkan kerosakan pada kualiti kain.
.
Namun, walaupun bukan kerana ingin menyelamatkan kualiti kain pakaian, kita tetap perlu tahu cara untuk mencuci pakaian dengan betul tanpa menggunakan sebarang alatan mesin kerana kemahiran ini akan berguna ketika kita sedang bercuti atau mesin basuh kita rosak.
.
Berikut adalah cara untuk mencuci pakaian tanpa mesin;
Pisahkan pakaian mengikut warna dan masukkan ke dalam baldi yang berbeza.
.
Apabila mengeluarkan pakaian daripada bakul, asingkan pakaian putih daripada pakaian bewarna dan masukkan kedua-dua jenis pakaian ini secara rata ke dalam baldi yang berbeza agar pakaian putih kekal putih tanpa diluntur dengan pakaian bewarna yang lain.
.
Jangan mengisi pakaian ke dalam baldi dengan terlalu penuh kerana akan menyukarkan proses cucian.
.
Hapuskan sebarang kotoran sebagai langkah awal mencuci
Sekiranya terdapat kotoran pada pakaian seperti dakwat, sos atau sisa makanan, gosokkan kawasan yang terjejas dengan sabun pencuci kira-kira 5 minit sebelum memulakan cucian secara menyeluruh bagi memastikan kotoran tersebut betul-betul hilang.
.
Tambahkan sabun pencuci pakaian bersama air suam ke dalam baldi
Menggunakan air suam adalah lebih baik bagi proses mencuci pakaian namun janganlah menuang air ke dalam baldi dengan terlalu penuh kerana selain daripada tidak dapat betul-betul menyerap sabun pencuci, ia juga adalah suatu pembaziran.
.
Kemudian tuangkan sabun pencuci ke dalam baldi dan kacau perlahan-lahan agar sabun pencuci tersebar dengan baik. Biarkan baldi tersebut selama lebih kurang sejam untuk sabun pencuci menjalankan tugasnya.
.
Perlahan-lahan menggerakkan pakaian di dalam baldi
Setelah dibiarkan kira-kira sejam, gerakkan atau goncangkan pakaian yang di dalam baldi tadi selama 2 minit.
.
Ingat untuk tidak menggosok kerana ia boleh merosakkan kain pakaian.
Bilas dan keringkan pakaian.
.
Akhir sekali, bilas pakaian dengan menggunakan air paip hingga sabun pencuci betul-betul hilang dan seterusnya sidai pakaian di tempat panas untuk mengeringkannya.

Comments

  1. Assalamualaikum..
    Ada masa mai la singgah blog sini..

    https://chocojarviral.blogspot.com/2020/01/chocojar-rangup-viral-murah.html

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. The King Casino: The New King & The World of Gaming
    The King Casino is ventureberg.com/ the new place where the real money gambling is legal in Florida and Pennsylvania. worrione We https://febcasino.com/review/merit-casino/ love the new casino. We've got https://jancasino.com/review/merit-casino/ some titanium metal trim great

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN DOLIVE HARUMAN WANGI MEMUKAU

AGEN SABUN DOLIVE AREA UTARA DIPERLUKAN